Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Wednesday 13 May 2015

Jarum Mas

Permainan Jarum Mas merupakan permainan yang berbentuk rekreasi. Pemain akan bersuka ria melakonkan watak sebagai "Hantu" yang berperanan menjaga harta karun daripada dicuri oleh pemain-pemain lain. Kanak-kanak sering bermain pada masa lapang, misalnya pada waktu petang.



Tempat


Di kawasan lapang, misalnya di padang atau di halaman rumah. Dua buah bulatan perlu dibuat. Satu bulatan untuk rumah dan satu bulatan lagi untuk harta karun. Satu tangga dilukis di antara dua buah bulatan berkenaan.

Peralatan


Bahan-bahan terbuang, misalnya tin susu, bunga, daun, batu dan sebagainya. Bahan ini disebut harta karun. Kebiasaannya lima hingga tujuh bahan digunakan. (Bahan yang digunakan mestilah bahan yang tidak berbahaya).

Pemain


Boleh dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau kanak-kanak perempuan. Jumlah pemain tidak dihadkan.

Langkah-langkah Permainan


1. Semua pemain perlu berkerjasam menyiapkan kawasan permainan. Dua buah bulatan dilukiskan. Tangga dilukis bagi menghubungi kedua-dua bulatan.

2. Undian dijalankan bagi menentukan seorang pemain yang akan menjadi "Hantu". Undian boleh dijalankan dengna pelbagai cara mengikut persetujuan pemain-pemain.

3. "Hantu" akan berada di luar bulatan manakala semua pemain lain berada di dalam bulatan rumah.

4. Seorang pemain dilantik sebagai ketua. "Ketua" akan memegang sebatang kayu sebagai tongkat. Apabila permainan hendak dimulakan, "Hantu" dan "Ketua" akan berdialog:

HANTU: Tok...tok...tok... ("Hantu" mengetuk pintu rumah)
KETUA: Siapa?
HANTU: Hantu!
KETUA: Nak benda apa?
HANTU: Nak kunci emas?
KETUA: Kunci emas tak ada. Periuk belanga ada la.
HANTU: Di mana?
KETUA: Atas langit.
HANTU: Baiklah. Aku nak naik. Kalau aku jatuh, semua akan mati.

5. Sebaik sahaja dialog selesai diucapkan, "Hantu" akan mengelilingi bulatan rumah untuk menangkap pemain. Pemain-pemain cuba mengelak daripada ditangkap oleh "Hantu". Mereka juga berikhtiar untuk mengambil harta karun yang berada di dalam bulatan dengan segera.

6. "Hantu" sedaya upaya perlu menghalang pemain-pemain daripada mengambil harta tersebut. Permainan akan diulang semula setelah semua harta karun berjaya diambil oleh pemain-pemain.

7. Permainan boleh ditamtkan atas persetujuan daripada semua pemain.

PERATURAN PERMAINAN


1. Dua buah bulatan hendaklah dibina. Sebuah bulatan untuk rumah dan sebuah bulatan untuk harta karun.

2. "Ketua" perlu memegang sebatang kayu sebagai tongkat.

3. Sebelum memulakan permainan, undian dijalankan bagi menentukan permain yang pertama menjadi "Hantu".

4. Pemain yang disentuh oleh "Hantu" akan menjadi "Hantu" pula. Permainan akan diulang semula dari awal.

5. "Hantu" tidak boleh memasuki bulatan semasa mengejar pemain-pemain.

6. Pemain yang hendak mengambil harta mestilah melalui tangga yang terdapat di antara dua buah bulatan berkenaan.

7. Permainan diulang semula apabila semua harta karun berjaya diambil oleh pemain-pemain.